Khutbah Terakhir Rasulullah

21 12 2008

Bismillahirrahmanirrahim….

sedang aku melayari pentas maya ini aku terjumpa khutbah terakhir Rasul yang kukira amat berguna untuk seluruh umat Islam. Renung-renungkanlah…

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.




Islam dan Kad Kredit

6 12 2008

JIKA dulu agak sukar untuk memiliki kad kredit, tetapi kini ia lebih mudah, sekali gus memberikan peluang kepada lebih ramai orang menggunakan kemudahan itu dalam mengu ruskan kehidupan seharian.

Penggunaan kad kredit secara umumnya ada beberapa manfaat seperti dapat mengelak daripada membawa wang tunai dalam jumlah banyak dan melakukan transaksi jual beli barang atau perkhidmatan di Internet yang sememangnya lebih mudah.

Kad kredit dalam lain perkataan yang lebih mudah difahami ialah sejenis kad hutang yang diberikan institusi seperti bank kepada pengguna untuk digunakan dalam sesuatu urusan seperti jual beli barang dan perkhidmatan yang menerima kad terbabit dengan sistem atau syarat tertentu.

Lazimnya, penggunaan kad kredit membenarkan pengguna untuk ‘memusing’ bakinya dengan kos kadar faedah yang dikenakan.

Penggunaan kad kredit dikatakan bermula dari Barat. Malah, konsep penggunaan kad untuk pembelian ada di gambarkan pada 1887 oleh Edward Bellamy dalam novel Looking Backward.

Bellamy menggunakan perkataan kad kredit lapan kali dalam novel ini.

Namun, kad kredit mula digunakan pada 1920-an di Amerika Syarikat, khususnya untuk penjualan minyak kepada sejumlah besar pengguna kenderaan.

Pada 1938, beberapa syarikat mula menerima kad ma sing-masing.

Begitupun, konsep pembayaran yang lebih baik meng gunakan kad seperti itu direka pada 1950 oleh Ralph Schneider dan Frank X McNamara dalam usaha meng gabungkan penggunaan pelbagai kad.

Kini, penggunaan kad kredit bukan hanya terbatas di Amerika Syarikat dan negara Barat, malah seluruh dunia, termasuk negara dihuni majoriti masyarakat Muslim.

Mekanisme penggunaan juga sudah meluas, membabitkan sebahagian besar lapangan kehidupan, malah dalam se setengah kes penggunaan kad kredit diutamakan, berbanding wang tunai dan jangan terkejut jika ada premis yang tidak mahu menerima wang tunai.

Jika demikian, apakah pandangan Islam terhadap peng gunaannya, adakah ia sesuai untuk digunakan selepas men dapati beberapa manfaat dan kelebihan daripadanya atau perlu dielak kerana ia bukan produk yang berasal dari dunia Islam?

Bekas Presiden Persatuan Islam Amerika Utara, Dr Mu zammil Siddiqi ada menegaskan penggunaan kad kredit seperti menggunakan sistem perbankan moden.

“Kebanyakan bank berdasarkan faedah dan Muslim terpaksa menggunakannya kerana tidak dapat memperoleh bank yang tiada caj faedah. Dibenarkan untuk menggunakan per khidmatan bank terbabit tanpa terbabit dalam faedah.

“Dibenarkan untuk menggunakan kad kredit tanpa terbabit dalam riba. Kad kredit adalah satu kemudahan. Ia membantu kita untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan, tanpa membawa terlalu banyak wang tunai.

“Kad ini sekarang sudah digunakan dunia sejagat, malah di negara Muslim. Syarikat kad menjana wang daripada yuran tahunan dan komisen.

“Sesetengah syarikat memberikan kad kredit bebas yuran tahunan kerana mereka menjangkakan dapat mengumpulkan faedah yang akan dikenakan kepada pengguna kad, dibayar mengikut kadar baki.

“Bagaimanapun, seseorang tidak perlu membayar faedah jika dia dapat membayar bil sepenuhnya pada masa di tetapkan,” katanya sambil menegaskan haram sama sekali membayar faedah.

Katanya, jika seseorang menggunakan kad itu untuk me minjam wang atas kadar faedah tertentu atau untuk tujuan pembelian terhadap sesuatu yang tidak mampu dibayar pada masa ditetapkan, ia terbabit dalam riba yang diharamkan Islam.

Ternyata aspek riba menjadi penentu hukum kepada peng gunaan kad kredit, sama ada diharuskan atau tidak.

Kad kredit yang mengandungi unsur riba seperti dalam kes pengguna tidak diwajibkan melangsaikan kos guna secara keseluruhan selepas mendapat bil penyata, malah dibenarkan membayar nisbah kecil, manakala bakinya pengguna diberi pilihan melangsaikannya dalam tempoh diberi atau dibiarkan, dengan caj faedah daripada jumlah bil tertangguh.

Sama juga dalam kes kad yang membenarkan penggunanya berbelanja sebanyak mana selagi dalam kadar dibenarkan dan hanya perlu membayar nisbah kecil daripada bil dengan kadar faedah dikenakan atas baki penggunaan yang tertangguh selepas melepasi tempoh percuma.

Riba adalah jelas haram dalam Islam, sebagaimana di jelaskan al-Quran, maksudnya: “…padahal Allah mengha lalkan jual beli dan mengharamkan riba. Maka sesiapa yang sampai peringatan dari Tuhannya lalu ia berhenti, maka baginya apa yang diambilnya dahulu dan perkaranya ter serahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (al-Baqarah:275)

Dalam ayat 278 surah yang sama bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ting galkanlah sisa riba (yang belum dipungut), jika benar kamu orang yang beriman.”

Berdalilkan ayat itu, Dr Abdullah al-Faqih melalui Islamweb menegaskan: “Sekiranya kad kredit mengandungi riba peng gunaannya adalah haram, kerana semua jenis riba dan faedah, kecil atau besar adalah dilarang.”

Menurutnya, walaupun kad kredit (berunsur riba) untuk urusan perniagaan, ia tidak menjadikannya halal.

Malah, dalam keadaan terpaksa penggunaannya, ia tidak mengubah hukumnya.

Pensyarah Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, dipetik berkata, dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang meletakkan syarat riba, tetapi dia berazam sentiasa menjaga tempoh pembayaran semula sebelum dikenakan riba, Kesatuan Fiqah Antarabangsa OIC dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23 hingga 28 September 2000 memfatwakan sebagai tidak harus, te rutama ketika kewujudan kad kredit Islam.

“Bagaimanapun, ketetapan pada persidangan sama juga mengharuskan membuat kad kredit konvensional yang tidak meletakkan syarat faedah atau riba dalam kontraknya. Na mun, dengan syarat mesti melangsaikan jumlah penggunaan sebelum dikenakan faedah riba,” katanya.





peristiwa di dalam sebuah bas…

4 12 2008

Sudah sejam berlalu namun kelibat
bas masih belum kelihatan. Aku agak gusar. Mungkin ini adalah salah satu ujian
daripadaNya. Aku hanya mampu berdoa agar dapat bersabar dengan ujian ini.
Sedang aku asyik menunggu bas, tiba-tiba telefonku berdering. Aku mengeluarkan
telefon jenis Sony Ericsson daripada kocekku. Siapa agaknya?

Panggilan dari seniorku. Agaknya
dia sudah sampai di pusat bandar.

“ Assalamualaikum Syed. Kau kat
mana?”

“Waalaikummussalam. Saya belum
bertolak lagi. Bas belum sampai. Saya masih kat taman lagi.”

“Hai lambatnya. Abang dah lama
sampai dah. Jenuh menunggu kau tak sampai-sampai lagi.”

“Sorry. Bukan saya nak datang
lambat pun. Cuma Allah belum menemukan bas kat sini. Saya terpaksa bersabarlah.
Abang jalan-jalan dulu.”

“Nak jalan kat mana? Bukan ada
tempat yang menarik pun. Abang datang Cuma nak berjumpa kau je.”

“Minta maaf sangat-sangat.
insyaAllah kita akan dapat berjumpa sebentar lagi.”

“Mm ok. Cepat sikit tau.”

“InsyaAllah. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

Aku mengakhirkan bicara dengan
salam. Biarlah permulaan bicara dengan salam dan juga akhirnya. Moga ia akan
mendapat keredhaan Allah. Amin. Aku membuka lagu yang tersimpan di dalam memori
telefon bimbitku. ‘Lagu This Is Islam’ yang dinyanyikan oleh Yusuf Islam.
Asalnya dia adalah seorang penyanyi rock yang bernama Kate Steven namun dia
telah menemukan hidayah yang dikurniakan oleh Allah. Alhamdulillah. Bertambah
lagi seorang Islam di dunia ini. aku juga melayan beberapa lagu nyanyian kumpulan
Inteam, Hijjaz dan Raihan. ‘Hikmah Kembara’ nyanyian kumpulan Mirwana juga
tidak kurang enaknya.

Tiba-tiba aku melihat seorang perempuan
berdiri. Hal ini diikuti oleh beberapa orang lagi pemuda dan pemudi. Aku dapat
mengagak bahawa bas sudah hampir tiba. Memang menjadi kebiasaan penunggu bas akan
berdiri apabila kelibat bas sudah muncul. Aku mengucapkan rasa syukur. Memang
benar bas sudah sampai. Aku berdiri di barisan akhir sekali. Malas untuk
berebut tempat. InsyaAllah aku akan dapat jua tempat untuk aku melabuhkan
punggung.

Setelah membayar tambang aku cuba
mencari tempat pelabuhan. Akhirnya aku menemukan jua. Ia berada di barisan
kedua terbelakang sekali. Alhamdulillah.

Di dalam bas aku dapat melihat
pelbagai jenis orang. Ada yang memakai jubah dan ada juga memakai pakaian yang
tidak cukup kain. Ternyata yang memakai pakaian menutup aurat menjadi kumpulan
minoriti. Yang selebihnya pula adalah kumpulan majoriti. Cantik sangatkah aurat
itu sehingga perlu ditayangkan? Untuk apa pula ia ditayangkan kepada orang yang
bukan muhrim? Adakah ia akan mendapat kebaikan dan keredhaan di sisi Allah?
“Hai!” aku menghembuskan keluhan panjang. “Manusia zaman sekarang,” sambungku
lagi. Nasib baik tempat dudukku di tepi tingkap. Lebih baik aku melihat
pemandangan di luar yang lebih indah daripada pandangan penaik nafsu ini. hanya
menambah dosa sahaja.

Bas mula bergerak menuju ke
destinasi seterusnya. Dalam suasana bas yang tenang tadi kini bertukar riuh. Ada
yang tergelak sekuat hati. Ada yang berbual di dalam talian. Ada juga yang
‘tackle’ perempuan. Aku pula menjerit sekuat-kuatnya di dalam hati. Sakit
hatiku. Di manakah sifat malu seorang Muslim dan Muslimah? Adakah sifat itu
telah dikuburkan di dalam hati dan bukannya disuburkan? Ingin sahaja aku
menegur perbuatan setiap orang di dalam bas itu. geram betul! Tetapi mengapa
aku tidak menegur mereka sedangkan aku mampu membuatnya? Ah! Terlalu banyak
persoalan. Iman aku tidak cukup kuat untuk menegur mereka. Aku masih tidak
mampu mencegah dengan perbuatan. Aku juga masih belum mampu mencegah dengan
lisan. Apa yang aku mampu buat hanyalah mencegah dengan hati dan itulah
selemah-lemah iman.

Sesampai sahaja di destinasi
seterusnya, seorang warga berumur dalam lingkungan 30-an mendukung anak menaiki
bas. Mungkin dia juga ingin menuju ke pusat bandar. Ada hal agaknya. Keadaan
pada waktu itu amat terdesak sekali. Hanya tempat duduk disebelahku sahaja yang
kosong pada waktu itu. dia seakan mahu duduk di sini. Aku hanya membiarkannya.
Tidak sanggup aku melihat dia berdiri dengan mendukung anak sedang aku senang
duduk di sini.

Kami meneruskan perjalanan ke pusat
bandar. Fikiranku agak terganggu. Walaupun ibu ini masih muda namun tudung
tidak juga dipakainya. Mustahil dia beragama lain selain Islam kerana aku dapat
melihat dia mengucapkan kata-kata memuji Allah dengan menenangkan anaknya yang
sedang menangis. Teriakan anaknya amat kuat. Tangisan yang teramat. Bingit
telingaku dibuatnya. Bersabar sajalah.

Sesuatu yang tidak kuduga akan
berlaku. Perempuan ini menunjukkan reaksi yang ganjil. Dia dengan perlahan
menarik bajunya ke atas. Ya Allah! Apa yang sedang dilakukannya? Tidakkah dia
sedar bahawa aku di sebelahnya? Tidakkah dia sedar bahawa aku ini lelaki?
Perempuan itu meneruskan perbuatannya. Bajunya sudah sampai diparas bawah buah
dadanya. Ekspresi wajahnya menunjukkan dia ingin memberikan susu ibu kepada
anaknya. Tetapi mengapa di sini? Bukankah tempat ini terlalu awam baginya?

Aku tidak dapat tahan lagi. Aku
meminta keizinannya untuk berubah tempat. Tidak sanggup aku melihat aurat
seorang wanita. Wanita itu mengiakan. Nasib baik. Aku gegas berdiri. Wanita itu
beralih tempat ke tepi tingkap supaya perbuatannya agak tersorok. Aku masih
tidak puas hati. Kedudukannya agak terbuka. Siapakah yang harus aku arahkan
untuk duduk di sebelah wanita itu? aku sendiri tidak sanggup.

Bas berhenti di perhentian
seterusnya. Perbuatan wanita itu terbantut seketika. Belum sempat pun dia
memberikan susu badannya. Aku masih di gelora masalah. Sedang aku berfikir
jalan penyelesaian tiba-tiba aku teringat akan kain bajuku di dalam beg. Aku
segera menggapai begku. Kukeluarkan sehelai baju berwarna kuning. Cepat-cepat
aku hulurkan kepada wanita itu. dia agak keliru.

“Adik nak buat apa berikan akak
baju adik?” dia mengajukan soalan.

“Ambil sajalah. Tutuplah sikit
kalau nak berikan susu kepada anak akak tu.”

“Hisy tak payah la. Akak dah
biasa.”

“Ambil lah akak. Mungkin akak dah
biasa tetapi saya tak biasa melihatnya. Maafkan saya,” responku setelah
mendapat jawapan yang agak mengejutkan.

“oh yakah? Maafkan akak.”

“Tidak mengapa. akak ambil
sajalah.”

“terima kasih. Adik tak kisah kah?
Mungkin baju adik akan kotor.”

“tidak mengapa. baju kotor boleh
dibasuh.” Balasku dengan seukir senyuman. Dia membalas.

Dia mengambil bajuku tanpa
teragak-agak lagi. Mungkin dia sudah mengerti tujuan sebenarku. Alhamdulillah.

Seusai memberikan susu badan dia
memulangkan semula bajuku. Aku menerimanya dengan hati yang cukup puas. Lega
rasanya. Syukur kerana aku sempat berfikir tentang penyelesaian bagi situasi
seperti ini. bas mula menyeksa badan tayar dengan menggolekkannya. Biarpun
sakit namun tidak pernah terdengar jeritan darinya. Aku hanya berdiri di
sebelah perempuan itu. tempat dudukku telah diambil seorang lagi perempuan cina
yang kukira sudah lebih setengah abad umurnya.

Hanya tinggal dua langkah sahaja
lagi untukku menjejakkan kaki di muka bumi Allah ini. dan akhirnya aku berjaya
juga. Hampir setengah jam aku berdiri di dalam bas itu. kaku bagaikan tugu. Dan
sekarang lincah bagaikan tikus ketakutan. Kelibat seniorku juga sudah
kelihatan. Wajahnya yang seperti kepenatan kini berubah ceria. Aku juga menjadi
ceria melihat seniorku yang sudah hampir 6 bulan tidak bersua. Rindu betul.
“Assalamualaikum,” aku mula berbicara dengannya…….





Cahaya Hidayah (mungkin)

27 11 2008

 

Petang ini terasa begitu nyaman sekali. Walaupun hujan tidak turun sejak semalam namun aku dapat merasakan kedinginan hembusan angin yang menampar mukaku secara perlahan. Ah! Menyegarkan. Aku bergegas mengambil air sembahyang. Waktu asar hampir tiba. Lebih baik aku mengambilnya sekarang daripada berlengah- lengah.

Seusai menunaikan solat asar, aku sempat membaca Al- Quran. Surah yang sempat kubaca adalah Surah Yasiin, An- Naba’, dan beberapa lagi surah daripada juzuk amma. Surah terakhir yang aku baca pada waktu itu adalah surah Al- Infithaar. Terasa tenang didalam hatiku ini. Aku hanya duduk di atas sejadah memikirkan sesuatu apabila selesai membaca kalam suci.

Aku masih ingat lagi pada hari sehari sebelum peperiksaan PMR atau lebih tepat lagi Penilaian Menengah Rendah dimana aku telah mengganggu seorang perempuan yang sedang belajar dengan menghantar mesej. Aku mengatakan bahawa aku hanya mahu menolong dia kerana aku dapat tahu bahawa keputusannya dalam percubaan PMR amat teruk. Dia bertanya kembali siapa diriku yang sebenar. Aku hanya menjawab aku akan beritahu dia selepas peperiksaan. Dia mengiakannya.

Aku mula mengenalinya sejak tahun 6 dimana kami belajar di kelas tusyen yang sama. Namun masa itu kami tidak pernah bertegur sapa kerana tiada sebab untuk melakukan hal itu. Dan sekarang selepas mesej yang pertama aku berikan kepada dia tempoh hari, hubungan kami semakin rapat. Aku banyak mempelajari ilmu daripadanya. Aku dilahirkan sebagai seorang yang mudah terlupa sesuatu perkara. Namun aku tidak kisah dengan semua itu bahkan aku bersyukur dianugerahkan sifat pelupa itu kerana aku akan senang melupakan dendam dan permusuhan. Dialah yang banyak membantu pelajaranku. Asalnya aku yang ingin menolong dia namun aku pula yang ditolong. Baru aku sedar tinggi rendahnya langit dan ilmuku jika dibandingkan dengan dia.

Walaupun kami selalu bermesej tetapi dia sering memutuskannya dengan alasan mahu bersolat. Aku barasa geram dengan tindakannya namun apakan daya untuk menghalangnya. Aku sendiri tidak pernah lengkap bersolat. Dalam seminggu aku hanya bersolat jumaat. Ah! Jahilnya aku. Berdosanya aku. Ya Allah Kau ampunilah dosa hambamu ini.

Aku asalnya adalah pelajar tingkatan satu yang menuntut di sekolah menengah kebangsaan namun aku diterima masuk ke sekolah menengah kebangsaan agama sebagai ambilan kedua. Aku menuntut di sana selama dua tahun. Namun aku hanya memperoleh sedikit sahaja ilmu daripada segunung yang dicurahkan cikgu. Pada tahun terakhir persekolahan tingkatan dua aku mengambil keputusan untuk pindah demi kebaikan pelajaranku. Aku menyatakan hasrat ini kepada ibuku. Pada mulanya dia membantah namun setelah aku menerangkan sebab musababnya akhirnya dia membenarkan.

Tidak kusangka walaupun menuntut di sekolah agama selama dua tahun tetapi aku tetap melakukan dosa dan maksiat. Aku hanya solat apabila berada disana tetapi sejadah pun aku tidak usik apabila berada di rumah.

Aku berubah menjadi semakin teruk. Perangaiku semakin menjadi- jadi. Aku telah meninggalkan solat secara keseluruhannya. Al- Quran juga tidak lagi menjadi nyanyianku sebaliknya lagu- lagu rock, punk, indie pula yang menghiburkan hati. Aku berterusan menjadi begini sehinggalah aku bertemu dengan dia. Sehinggalah aku memberi mesej pertama kepadanya. Walaupun dia sering memutuskan mesej dengan menyatakan bahawa dia mahu bersolat namun mesej itulah yang serba sedikit mengubahku. Aku mula rasa malu dengan diriku sendiri. Bayangkan dia adalah seorang perempuan tetapi aku lelaki. Ya Allah hanya Kau sajalah yang Maha Mengetahui betapa malunya aku pada masa itu.

Aku mula menyedari betapa jauhnya aku terpesong daripada landasan kebenaran. Semakin aku memikirkannya semakin aku sedar betapa berdosanya aku selama ini. Aku mengambil air sembahyang buat pertama kalinya setelah sekian lama aku tidak melakukan perbuatan itu. Aku menunaikan solat isyak yang sudah sekian lama aku tidak melakukannya. Huh! Nasib baik aku masih menghafal niatnya. Alhamdulillah.

Sejak hari itu aku mula berubah sedikit demi sedikit. Rasa maluku kepadanya dan kepada Allah atas perbuatan dosaku telah banyak mengubahku. Solat tidak pernah aku tinggal sejak itu. Walaupun kadang- kadang aku meninggalkannya namun aku akan beristighfar dan memohon pengampunan kepada Yang Maha Agung. Mungkin inilah saatnya aku menemukan hidayah yang dikurniakan Allah. Harap- harap begitulah. Ya Allah, Kau kurniakanlah hidayah kepadaku agar aku lebih dekat denganMu. Amin.

Mungkin Allah mengutuskannya untuk menyedarkanku betapa jauhnya aku daripada landasan kebenaran, iaitu landasan Islam. Landasan jihad Fisabilillah. Aku tidaklah sesempurna Muhammad S.A.W dan segagah Salahudin Al- Ayubi. Namun akanku cuba untuk mengikuti akhlak dan peribadi mereka. “Aku bersyukur padaMu ya Allah kerana aku dipertemukan dengannya. Nikmat yang Kau berikan padaku amat banyak namun…..,” Aku mula menitiskan air mata. Semakin lama semakin deras. Aku tidak dapat menampung lagi tangki yang mahu pecah dan melimpahkan mutiara keinsafan yang selama ini aku sekat dengan keangkuhan diriku selama berada di bumi Allah ini. Sebak dihati ini semakin menjadi- jadi. Aku berasa amat menyesal dengan perbuatanku selama ini. Namun sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Aku amat berdosa kepada Penciptaku.

Aku menyatakan penyesalanku kepada dia. kepada perempuan yang aku ganggu sehari sebelum PMR. Mungkin sudah hilang rasa malu didalam diriku ini namun kepada siapa lagi harus aku mengadu? Kepada ibuku? Tidak mungkin. Aku akan lebih berasa malu. Lebih baik aku mengadu kepada dia. Walaupun dia mungkin akan membenciku selepas ini tetapi tidak mengapa. Itu lebih baik daripada memendamkannya.

Apa yang aku sangkakan amat songsang sekali dengan respon yang diberikannya. Dia bukan mahu membenciku tetapi mahu menolongku. Ya Allah! Sungguh mulia peribadinya jika dibandingkan dengan diriku. “kita sepatutnya bukan menyesali dosa itu tetapi sepatutnya kita jadikan ia sebagai iktibar” lebih kurang begitulah nasihat yang disampaikannya kepadaku. Aku tidak dapat berkata apa- apa selain bersyukur. Ya! Memang aku mempunyai banyak peluang dalam hidupku. Cuma aku tidak menggunakan peluang itu sebaik- baiknya. Masih belum terlambat untuk aku mencari keredhaanNya. Bagi aku mencari landasan yang benar. Bagi aku mencari tujuan aku diutuskan ke dunia ini. Semuanya hanyalah keranaMu ya Allah. “Aku memohon keampunan kepadaMu. Kau ampunkanlah dosa hambaMu yang daif ini. Kau ampunkanlah dosa hambaMu yang sudah terpesong jauh dariMu, yang sudah terpesong jauh dari landasanMu, dari mencari keredhaanMu, dari tujuanMu mengutuskanku ke dunia ini. Kau ampunkanlah. Aku tidak memaksaMu tetapi aku mengharapkanMu ya Allah. HambaMu ini sudah banyak berdosa ya Allah.” Aku berdoa sambil menitiskan air mata. Aku tidak berdaya lagi menahan sebak hati ini. Aku tidak berdaya lagi menahan kerinduan kepada Zat yang menciptaku. Zat yang tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan. Selama ini aku menipu diriku sendiri yang aku tidak merinduiNya.

Ya Allah! Jika aku diperjodohkan dengan perempuan ini aku redha ya Allah. Aku akan terimanya dengan hati yang terbuka. Sungguh! aku sudah jatuh cinta kepadanya. Tidak dapat lagi aku megelak rasa cinta yang hadir ini. Siapalah aku menolak cinta yang hadir dijiwa ini. Sesungguhnya aku hanyalah seorang insan yang teramat lemah. “Ya Allah Kau jodohkanlah aku dengan si dia Ya Allah,” doaku kepada yang Maha Esa.

Sekarang biarlah takdir yang menentukan segala- galanya. Biarlah Allah yang menentukan apa yang terbaik untukku dan untuknya. Aku cuma perlu berusaha dan berusaha dan berusaha. Selebihnya aku serahkan kepadaMu yang Maha Agung. Amin.





Pengajaran

27 11 2008

 

Telefonku menyanyikan nada dering yang menandakan kemasukan mesej.Aku menggapai telefon bimbit yang berada di atas laci pakaian. Setelah memasukkan katakunci keselamatan, aku terus membuka mesej yang baharu saja sampai. Mesej daripada orang yang tidak dikenali.

“Akum,” tulisnya. Ingin saja aku memarahi empunya mesej itu. Suka hati sahaja memendekkan Assalamualaikum kepada akum.

“Assalamualaikum. Siapa ni?” balasku dengan panjang.

“Hai. Boleh berkenalan?”

“Boleh sahaja tetapi ini siapa?”

“Saya sama sekolah dengan awak.”

“Ye la tapi ini siapa!” aku agak mengasarkan penulisanku. Marah agaknya.

“Janganlah marah. Saya Maria. Ahli kelas yang bersebelahan dengan kelas awak.”

“Mana awak dapat nombor telefon saya?”

“Saya ternampak nombor awak di dahan pokok hadapan sekolah.”

Aku agak keliru. Bila masa pula aku mencoretkan nombor telefonku di dahan pokok? Ah! Mesti dia berbohong. Mana mungkin dia mendapat nomborku disitu. Aku bukanlah lelaki murahan yang sanggup mengukir nombor telefon sendiri di dahan pokok. Atau mungkin dia tidak berbohong? Mungkin orang lain telah mengukirnya? Mungkin dia bercakap benar. Tetapi untuk apa dia mengambil nombor telefonku? Oh ya! Untuk berkenalan denganku. Tetapi untuk apa pula dia berkenalan denganku? Aku bukanlah seorang yang terkenal di sekolah. Semakin banyak yang aku fikir semakin berserabut pula.

Apakah perempuan zaman sekarang ini tidak lagi mempunyai perasaan malu? Begitu sahaja ingin berkenalan dengan seseorang lelaki. Dimanakah hilangnya harga dan maruah seorang perempuan? Seperti dalam ayat Al- Quran surah An- Nuur ayat 26:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga).

Tidak sedarkah wahai perempuan bahawa harga diri anda amat bernilai? Tidakkah anda tahu bahawa wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji? Mahukah anda mendapat seorang lelaki yang keji di dalam hidup anda? Ketahuilah wanita adalah diibaratkan sebagai hiasan dunia. Janganlah anda memberikan maruah anda sesuka hati. Ia lebih mahal jika dibandingkan dengan harga emas permata. Jagalah maruah anda sebaik- baiknya.

Walaupun berat hatiku ingin membalasnya namun aku tetap meneruskan niatku. Aku memulakan semula bicara dengan menegurnya.

“Awak. Lain kali jangan singkatkan perkataan Assalamualaikum. Tidak molek begitu. Saya tahu had mesej hanyalah seratus enam puluh patah perkataan sahaja jadi awak boleh hanya menggunakan perkataan Salam. Itu lebih cantik kerana ia tidak mengubah maksud sesuatu ayat. Hanya Salam sahaja.” Aku menghantar mesej yang kutaip sebentar tadi. Aku kira dia akan memahami maksudku. Bukan aku ingin memarahinya. Aku tidak berhak memarahi dia. Aku hanya ingin menegur perbuatannya.

Sudah lima minit berlalu namun dia masih tidak mambalas. Mungkin dia sedang memahami mesejku. Aku tidak berlengah lagi. Aku ingin beriadah sebentar lagi. Sudah seminggu aku tidak mengeluarkan peluh. Hujan yang menyekat aktivitiku. Dan pada hari ini aku tidak akan melepaskan peluang keemasan. Aku tidak akan tahu bila lagi aku akan dapat beriadah. Bulan november adalah musim hujan. Setiap petang hujan mesti akan turun. Hari ini sahaja cuaca agak baik. Walaupun mentari tidak kelihatan namun tanda hujan akan turun tidak ada. Kebiasaannya aku tidak membawa telefon bimbit bersama. Alah! Pergi beriadah sahaja. Bukan pergi bandar pun.

Seusai beriadah aku pulang dengan hati yang puas. Badanku menjadi segar kembali sejak seminggu yang lalu. Aku menggapai telefonku. Mana tahu Maria sudah membalas mesejku. Aku kehairanan. Sampai 3 mesej yang masuk. Aku membuka kotak mesej. Semuanya dari Maria. Mengapa sampai 3 mesej dia kirimkan kepadaku? Apa yang penting sangat?

Aku membaca mesej pertama. “Awak. Terima kasih kerana menegur saya.” Aku menghembuskan nafas lega lalu sambung membaca mesej kedua. “saya ingin meminta bantuan awak.” Meminta bantuanku? Bantuan apa? Aku terus membaca mesej ketiga. aku tidak sabar lagi ingin mengetahui sebab dia meminta bantuanku. “Awak sudi menolong saya?” Hampa. Dia tidak menyatakan bantuan jenis apa yang diperlukan. Ingin saja aku menghantar mesej kepadanya namun aku harus melakukan tugas yang lebih penting. Maghrib sudah masuk lama. Aku harus mandi untuk membersihkan diri segera. Waktu Maghrib amat singkat. aku tidak mahu ketinggalan.

“Maaf kerana lambat membalas mesej awak. Saya pergi bermain tadi. Balik rumah saja terus mandi dan bersolat. Bantuan apa yang awak perlukan dari saya? insyaAllah saya dapat membantu.” Aku mengirimkan mesej. Tiga minit kemudian aku mendapat balasan.

“Tidak mengapa. Sebenarnya saya ingin meminta bantuan awak. Saya rasa berdosa sangat.”

“Mengapa? Apa yang telah awak lakukan?”

“Saya telah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya saya lakukan.”

“Perbuatan apa?”

“Saya telah melakukan zina. Saya rasa sedih sangat.”

“Ya Allah!” jerit suara batinku. Aku tersentak. Terkejut dengan penyataannya. Mengapa dia mengadu kepadaku? Tinggi sangatkah darjatku disisi Allah? Aku bukanlah seorang alim ulama yang dapat menyelesaikan hal- hal sebegini.

“Sabar. Beristighfarlah banyak- banyak. Mengapa awak mengadu kepada saya? Adulah kepada ayah atau ibu awak.”

“Saya takut. Sebenarnya saya ingin berjumpa dengan awak. Saya sudah mengandung. Anak haram.”

Astaghfirullah! Sampai begitu sekali perbuatannya. Itulah manusia. Sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu, lansung tidak memikirkan akibatnya. Hanya memikirkan kepuasan nafsu semata- semata. Benarlah seperti dalam ayat AL- Quran Surah An- Naml ayat 55:

“Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu (mu), bukan (mendatangi) wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu)”.

Perbuatannya itu tidak lain hanya ingin memenuhi nafsu semata- mata . Aku cuba menenangkan dirinya. Mungkin sudah lahir dihatinya keinsafan.

“Jangan bersedih. Masih belum terlambat untuk awak berpatah balik.”

“Maafkan saya. Awalnya saya ingin berjumpa dengan awak kerana ingin menuduh awak awaklah bapa kepada anak ini.”

“Tetapi mengapa saya? Bukankah itu dikira fitnah?”

“sebab saya tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan perkara ini kepada ibu bapa saya. Perut saya makin membesar. Lambat laun akan terbongkar juga.”

“Apa yang menyebabkan niat awak yang ingin memfitnah saya terbantut?”

“kerana awak menegur saya.”

“Menegur? Saya tegur apa?”

“Tentang penggunaan Salam.”

Alhamdulillah! Tidak kusangka teguranku itu dapat mengelakkan diriku daripada difitnah. Syukran ya Allah.

“Awak. Saya tahu masalah awak ini serius. Tetapi janganlah sampai awak memfitnah seseorang itu. ia lebih teruk daripada membunuh.”

“Saya tahu. Sebab itu niat saya terbantut. Awak dapat menolong saya?”

“InsyaAllah. Tetapi bantuan jenis apa yang awak perlukan?”

“Boleh awak menolong saya beritahu hal yang sebenar kepada keluarga saya?”

“Saya takut akan berlaku fitnah.”

“Awak jangan risau. saya akan menyatakan bahawa awak tidak bersalah.”

“bagaimana saya ingin percaya awak?”

“Saya berjanji atas nama Allah.”

“Itu sudah melegakan saya. Tetapi bila pula awak mahu memberitahu hal ini?”

“Esok barangkali. Awak sudi menolong saya?”

“InsyaAllah. Saya akan menolong sekadar yang termampu.”

“Tidak mengapa. tidak saya sangka yang awak ini mulia orangnya.”

“kemuliaan saya hanya Allah yang Maha Mengetahui.”

“Awak ikhlas menolong saya?”

“Keikhlasan saya juga hanya Allah yang Maha Mengetahui.”

“Terima kasih banyak- banyak. Saya tidak tahu ingin berkata apa lagi. Saya sangat berdosa.”

“Masih belum terlambat untuk awak kembali kejalan yang benar. Bertaubatlah. Allah sudah berfirman didalam ayat Al- Quran bahawa: ‘Sesungguhnya Taubat di sisi Allah hanyalah Taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang Kemudian mereka bertaubat dengan segera, Maka mereka Itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Jadi masih belum terlambat lagi untuk awak bertaubat. InsyaAllah taubat awak diterimaNya.”

“Amin. Saya bersyukur dapat berkenalan dengan awak.”

“Saya juga.”

“Mengapa pula? Bukankah saya ini seorang hamba yang berdosa? Mengapa awak rasa bersyukur pula?”

“Kerana saya dapat mengambil banyak iktibar daripada kisah awak. Moga ia menjadi salah satu cara saya mendekatkan lagi hubungan dengan yang Maha Pencipta. Amin. Maaflah. Saya ada hal sedikit. Mintak maaf banyak- banyak.”

“Tidak mengapa. awak buatlah hal awak. Terima kasih kerana membantu saya. saya berharap awak datang berjumpa saya pada keesokan harinya dan beritahu masalah saya kepada ibu bapa saya.”

“InsyaAllah.”

“Terima kasih sekali lagi. Wslm”

“Bukankah saya sudah kata jangan menyingkatkan perkataan sebegini? Balaslah dengan hanya menggunakan Salam.”

“maafkan saya. saya sudah terbiasa.”

“Tidak mengapa cuma lain kali biasakan dengan menjawab Salam.”

“baiklah. Saya tidak mahu mengganggu awak lagi. Salam”

“Salam.”

Perbualan kami terputus. Esok merupakan hari dimana aku akan menolong seorang perempuan bernama Maria. Aku bergegas masuk kedalam bilik. Aku harus menyiapkan laporan kelab sebelum esok. Aku berharap bantuanku akan mendapat keredhaan Allah. Ya Allah! Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini dalam menghadapi ujian yang Kau berikan kepadaku ini. Amin.





sayang, rindu dan cinta

5 11 2008

 

Sayang. Apa itu sayang? Saya sayang awak, saya sayang itu, saya sayang ini, sayang sayang sayang dan sayang. Sungguh mudah untuk menyatakan kasih sayang kita kepada seseorang. Tetapi betulkah kasih sayang itu ikhlas datang dari hati? Ataupun kata- kata itu hanyalah sekadar kata- kata? Siapa tahu? Sayang sebenarnya bermaksud ingin menjaga seseorang. Sayang itu datangnya dari hati yang sangat merindui. Hati yang mengharapkan kasih seseorang dan juga hati yang sudah tidak dapat mengelakkan rasa ingin menjaga seseorang itu dengan sepenuh hati. Ah! Sungguh indah bila kita disayangi di dunia ini. Terasa seperti kitalah raja, kitalah permaisuri, kitalah yang paling bahagia. Itulah nikmat sebenar apabila disayangi seseorang.

Rindu. Apa pula kaitan antara rindu dengan sayang? Seseungguhnya jika kita menyayangi seseorang itu, timbullah perasaan rindu apabila berjauhan. Tetapi benarkah ini semua? Benarkah kita akan merindui orang yang amat kita sayangi? “Honey, I miss you very much”, “sayang, saya rindukan awak”, sungguh mudah untuk berkata lisan tetapi apa pula kata hati? Adakah hati mengatakan bahawa kita amat merindui seseorang itu? Ataupun hanyalah sekadar lisan? Sanggupkah kita mengeluarkan kata- kata seperti itu walhal kita tidak sedikitpun merindui mereka tetapi hanyalah untuk menjaga hati mereka? Sesungguhnya apabila kita merindui seseorang itu dengan sepenuh hati kita tidak akan senang duduk walau sesaat pun. Hati ini akan sentiasa merindui seseorang. Kasih dan sayang pula semakin menjadi- jadi. Dan itulah hakikat.

Setelah kita menyayangi seseorang dan merindui dia, secara tidak lansung kita akan berada dalam gelora cinta. Apa pula cinta ini? Apa kaitannya dengan sayang dan rindu. Ah! Lagi banyak yang kita ketahui lagi kita menyedari kecetekan ilmu kita. Tetapi cinta adalah sedikit berbeza. Cinta adalah apabila kita menyayangi dan disayangi seseorang. Kita juga akan merindui dan dirindui seseorang. Percayakah anda pada cinta pandang pertama? Saya percaya bahawa adanya cinta pandang pertama. Seperti dalam Islam, kahwin dulu baru bercinta. Walaupun bakal suami tidak pernah melihat wajah si isteri namun apabila si isteri menayangkan wajahnya akan terputiklah rasa sayang, rindu dan seterusnya lahirlah perasaan cinta. Tidak salah kalau kita bercinta kepada seseorang sebelum berkahwin tetapi haruslah menjaga adab dan perbuatan kita.

Seperti dalam surah Al- Israa’ ayat 32:

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Ketahuilah bahawa Allah melarang kita untuk mendekati zina. Kita bukan sahaja tidak boleh melakukan zina tetapi juga tidak boleh mendekati zina. Hal ini kerana apabila kita mendekati zina akan ada yang ketiga yang akan menghasut kita untuk melakukan perbuatan zina. Ketahuilah bahawa yang ketiga itu adalah syaitan laknatullah. Sesungguhnya cinta itu indah. Ia boleh membawa kita ke neraka dan syurga. Kita yang tentukan hala tuju kita. oleh itu perbaikilah sayang kita, rindu kita dan cinta kita terhadap pencipta kita.